Wednesday, January 15, 2014

Berkesankah Supplement Shaklee Ni?

0 comments
Assalamualaikum...

salah satu soalan yang sering saya dapat (bukan daripada pembeli suplemen Shaklee) ialah , berkesan ke Shaklee ni? siap tanya saya lagi muka orang yang makan Shaklee ni cantik ke? 

Berkesan ke Supplement Shaklee ni?

baiklah. jawapan saya sangat simple - disiplin. apa2 benda pun kita kena ada disiplin. solat kena disiplin. belajar kena disiplin. pengurusan masa kena disiplin.makan ubat pun kena disiplin. dan, disiplin ni pulak nanti akan merangkumi aspek 'bagaimana nak dapat kesan yang optimum'?

perlu diingat, suplemen Shaklee bukan dadah dan tidak mengandungi bahan peransang. suplemen Shaklee bertindak secara semulajadi dengan tubuh kita. jadi, cepat atau lambat efek yang kita rasa bergantung sejauh mana tubuh kita berjaya menyesuaikan diri dengan suplemen ini.

asasnya, suplemen bertindak untuk cover kekurangan nutrien dalam tubuh kita yang tidak mampu dipenuhi oleh pemakanan seimbang yang kita cuba amalkan (saya percaya kita semua berusaha nak dapatkan pemakanan seimbang setiap hari). kenapa kita perlu pemakanan seimbang?
---memberi/ membekalkan tenaga yang diperlukan tubuh badan untuk menjalankan aktiviti seharian
---membantu ketahanan badan bagi mengelakkan daripada jangkitan penyakit
---membantu ketahanan badan supaya sembuh daripada luka/ penyakit
---penting untuk pembinaan sel2 badan serta tumbesaran yang sempurna
---penting untuk perkembangan otak yang sihat dan cerdas
jadi, dengan kehadiran suplemen ni dalam tubuh kita, membantu untuk memulihkan dan mempercepatkan proses2 kat atas ni. namun, sekiranya kita selama ni tergolong dalam golongan yang senang sakit atau kurang mengamalkan healthy lifestyle, maka ada kemungkinan target utama kita ambil suplemen tadi delay. reason : suplemen ni nak tolong repair mana2 part yang 'rosak' atau 'kurang sempurna', lepas tu barulah suplemen tadi boleh jalankan misi seterusnya.

seterusnya, diri kita sendiri - bagaimana cara kita mengamalkan suplemen tadi untuk mendapat kesan yang optimum?
makan suplemen secara teratur. kalau boleh kita disiplinkan diri dengan jadual tertentu bila perlu makan certain2 suplemen (boleh follow jadual yang kami sediakan)
takpe kalau ter'skip' sekali-sekala (we are not perfect) ; tapi jangan tinggalkan suplemen dalam jangkamasa yang lama
ada suplemen perlu diambil dengan gabungan2 tertentu. contoh : untuk kesan optimum set B, digalakkan tambah ESP. kalau ambil ESP sahaja, perlu gabungan multivitamin untuk kualiti.
tetap mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat
rajin bersenam - bersenam boleh buang toksik melalui peluh dan hasilkan hormon endorfin yang buat kita happy
kalau ambil suplemen untuk kulit, jangan lupa ye kawan2.. penjagaan luaran pun penting (rajin buat facial, scrub muka, jangan tak mandi pulak)
sabar kalau belum nampak kesan, sebab setiap individu berbeza penerimaan tubuh terhadap sesuatu.

so, kalau ada tips lain lagi, sila update kan saya ye? tips ni berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya. macam dulu, saya ambil sejenis soya untuk pulihkan kulit muka saya luka akibat facial (boleh jengah blog lama saya - The P H A S E ; kalau nak tahu cerita). alhamdulillah.. berkat cara/ amalan yg betul, parut pun takde. dalam masa 2 bulan aje hilang. tapi, kawan saya yang ambil suplemen beratus-ratus ringgit, sampai sekarang muka dia tak pulih2. agak2 kenapa?

macam saya sendiri, ada juga ngelat2 makan suplemen Shaklee sbb busy dengan baby, tapi disebabkan sistem badan saya dah bertahun2 terbiasa dengan suplemen (multivits, EPO, folic acid), maka takde kesan teruk susu kurang atau letih melampau kalau ter'skip' pun. tapi, tetap kena disiplin. malah, saya mengandung dulu, tak pernah ada masalah walaupun badan saya cuma naik 7 kg aje dari asal ( actually 2 - 3 kg aje naik lepas tolak berat icha dan uri serta waterbag)

so, suplemen ni penting. efeknya tak nampak harini tapi untuk akan datang. kita bukan lagi berada di zaman di mana dunia ni serba-serbi bersih dan tidak tercemar. malah, nak makan elok2 pun tak sempat kan sebab sibuk sangat. last2 beli aje makanan kat luar. masak nasi pun subuh2 untuk suami/ anak2 makan bila balik kerja/ sekolah - tak fresh. (saya tak boleh sebab mak saya dah ajar perut saya makan nasi baru yg panas - masuk angin kalau makan nasi sejuk or nasi yang dipanaskan semula)


Untuk Info & Order: 
Nur Azura Kamaros
Your Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID : 908961
Email : nzura0301@gmail.com
SMS/Whatsapp : 016-4429275

KENAPA WANITA KELETIHAN DI AWAL KEHAMILAN?

0 comments


Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan anda bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih.

Anda mungkin merasa bosan berada dalam keadaan ini, tetapi simptom-simptom ini biasanya akan berlalu tanpa perlu sebarang rawatan. Bagi kebanyakan wanita (kira-kira enam daripada 10) simptom-simptom mabuk hamil pagi hilang menjelang 12 minggu kehamilan. Bagi yang lain, mereka berasa lebih baik dalam trimester kedua. Kurang daripada satu dalam 10 orang yang tidak bernasib baik masih berasa tidak sihat selepas 16 minggu kehamilan.

Harap-harap, anda ialah salah seorang yang bernasib baik dan mungkin akan rasa sangat bertenaga dalam trimester kedua dan membawa ke trimester ketiga di mana anda akan mula rasa letih semula dalam bulan ketujuh.

#Apakah yang boleh saya lakukan untuk menghadapi keletihan semasa hamil?
Dengar apa yang badan anda cuba beritahu
Cuba tidur sebentar pada waktu siang atau tidur malam lebih awal. Di tempat kerja, 15 minit tidur sebentar pun boleh membuat perbezaan, jadi jika anda bernasib baik mempunyai pejabat yang bertutup, tutuplah pintu, letakkan kepala anda di atas meja dan berehat. Atau cuba tidur semasa waktu rehat tengahari – anda boleh tidur dalam kereta jika tiada tempat lain untuk tidur.

#Cuba ubah jadual
Jika boleh, bawa balik kerja untuk dibuat pada hari minggu supaya anda boleh pulang awal sekali-sekala. Atau jika anda sudahpun menjadi ibu, berehatlah sekali-sekala dan tinggalkan anak-anak anda dengan orang lain supaya anda boleh tidur.

#Pastikan anda jaga makan
Anda tidak perlu mula "makan untuk dua orang" sebelum trimester ketiga dan begitu pun anda cuma perlukan kira-kira 200 hingga 300 kalori tambahan setiap hari daripada makanan berkhasiat, bukannya kerepek atau coklat. Pemakanan yang sihat yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, susu rendah lemak dan daging tanpa lemak boleh memberi tenaga; sebaliknya, makanan ringan hanya menjejaskan tahap tenaga anda. Makan dan minum yang sedikit tetapi kerap dapat membantu menangani loya dan muntah.

#Bertahanlah
Tidak lama lagi anda akan berada dalam trimester kedua dan harap-harap anda akan kembali bertenaga. Anda mungkin cukup bertenaga untuk pergi menonton wayang atau bercuti hujung minggu, walaupun anda mungkin tidak mahu menjadikannya sebagai satu kebiasaan. Tidak lama lagi anda akan merenung kembali waktu ini di 
mana tidur anda tidak terganggu sebagai satu nostalgia. Jadi tidurlah sebanyak mungkin selagi anda boleh

Untuk Info & Order: 
Nur Azura Kamaros
Your Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID : 908961
Email : nzura0301@gmail.com
SMS/Whatsapp : 016-4429275

Cara Meningkatkan Taraf Kesuburan

0 comments
Tahap kesuburan pasangan suami isteri antara faktor penting merangsang peluang untuk menimang cahaya mata. Jika anda masih belum dikurniakan anak, mungkin boleh semak beberapa kriteria berikut yang mampu menolong meningkatkan kesuburan.

1. Kurangkan berat badan

Anda mahupun suami yang mungkin mengalami masalah kegemukan perlu menurunkan berat badan beberapa bulan sebelum merancang untuk hamil dengan serius.

2. Rajin bersenam

Tingkatkan kekerapan bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang mudah seperti joging, berenang dan seumpama dengannya.

3. Hadkan pengambilan kafein

Produk makanan dan minuman yang mengandungi kafein perlu dikurangkan. Hal ini kerana kafein yang banyak di dalam darah akan mengurangkan penghasilan hormon kesuburan.

4. Ambil makanan kaya mineral

Makan lebih banyak tiram, ikan sardin, udang. Pengambilan ayam dan daging yang tidak berlemak, keju, telur, beras perang elok diamalkan bagi meningkatkan penghasilan sperma.

5. Elakkan makanan proses

Makanan yang diproses mengandungi kurang vitamin dan mineral. Sebaliknya ia mempunyai lebih tinggi kalori yang boleh mengganggu tahap kesuburan diri.


Untuk Info & Order: 
Nur Azura Kamaros

Your Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID : 908961
Email : nzura0301@gmail.com
SMS/Whatsapp : 016-4429275

Amalan Menjemput Rezeki Cara Al-Quran & Sunnah

0 comments
Entry kali ini saya nak kongsikan bersama para pembaca bagaimana cara kita menjemput rezeki mengikut panduan AlQuran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. Disini saya ambil petikan dan coretan dari Blog Ini :

Bermula dengan Surah Ibrahim Ayat 7

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur
nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." 

Selain dari menyelongkar isi Kitab Suci Al-Quran saya juga merujuk pada blog tertentu dan buku tulisan seorang ustaz. Berikut adalah sebahagian daripadanya amalan-amalan menjemput rezeki seperti yang dianjurkan Al-Quran dan Sunnah:-

1. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

2. Utamakan beribadah


Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

3. Memperbanyakkan istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: 

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

4.Meninggalkan perbuatan atau amalan yang berdosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

5. Sentiasa mengingati Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

6. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) 
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

7. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

8. Menunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

9. Memperbanyakkan Selawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

10. Buat kebajikan sebanyak mungkin

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

11. Memulakan aktiviti harian seawal pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

12. Menjalin dan menghubungkan silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

13. Sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

14. Bersedekah dan infaq ke jalan Allah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

15. Mengamalkan solat tahajud

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

16. Mengamalkan solat sunat Dhuha




Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. 

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim) 

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal kepada Allah

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3) 
Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) 

Secara ringkasnya untuk menjemput rezeki ialah dengan bertaqwa kepada Allah. Yakni melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang.  Jom kita amalkan supaya kita hampir dengan ALLAH dan mudah rezeki datang.

Untuk Info & Order: 
Nur Azura Kamaros
Your Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID : 908961
Email : nzura0301@gmail.com
SMS/Whatsapp : 016-4429275

Tips, Amalan Dan Usaha Untuk Mudah Hamil / Mengandung

0 comments


Kita cuma merancang, tapi Allah yang menentukan. Ya betul kata-kata itu, tapi kita harus ingat merancang tanpa usaha adalah perkara yang sia-sia. Begitu juga dalam soal rumah tangga. Setiap pasangan pasti mengimpikan anak yang soleh dan solehah. TApi sedarkah kita bukan semua pasngan di dunia ini mampu melahirkan zuriat?

Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang-kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. 

Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil. Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.

Sekiranya anda merancang untuk hamil, di sini terdapat 10 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat dan selamat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan, telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang ke dalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di saluran peranakan (saluran fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor-faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan kesukaran hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat di peringkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan saluran fallopian anda tidak tersumbat.


3. Dapatkan berat badan yang ideal

Sekiranya anda mempunyai badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI di antara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda-tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari-hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada di atas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk memastikan penetrasi optimal di mana sperma dilepaskan paling rapat dengan bahagian servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal di bawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami 

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mengamalkan cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elakkan dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin juga menjadi penyebab anda sukar hamil.

7. Mengambil multivitamin

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin di mana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda. Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semula jadi.

- Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan segera).

- Lebihkan protein dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan memakan daging.

- Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.

- Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.

- Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. kurangkan Tekanan

Life is so stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walau bagaimanapun, terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti :

- Memasak.

- Bersenam.

- Mendengar muzik.

- Membaca dan mendengar audiobooks.

- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri.

- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga.

- Beromantik dengan suami.

11. Dan yang paling penting berdoa memohon kepadanya

Wallahualam...

Utk pertanyaan/konsultasi dan pesanan produk,hubungi saya di:

Untuk Info & Order: 
Nur Azura Kamaros
Your Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID : 908961
Email : nzura0301@gmail.com
SMS/Whatsapp : 016-4429275

10 PERKARA YANG BOLEH MENGGAGALKAN PENYUSUAN SUSU IBU SEPENUHNYA

0 comments
Anda mungkin akan gagal dalam cita-cita anda untuk menyusukan bayi anda sepenuhnya JIKA:

1) Tiada keyakinan - KEYAKINAN sangat penting untuk memastikan kejayaan anda menyusukan bayi anda speenuhnya. YAKIN yang anda mampu menyusukan bayi sehingga 2 tahun, YAKIN yang anda mampu menangani sebarang cabaran mendatang. Jika tidak yakin, dengan mudah anda akan mengalah.

2) Kurang ilmu - Kurang ilmu tentang penyusuan akan menyebabkan anda dengan mudah percaya yang anda tiada susu, tak cukup susu, maka terus berhenti untuk berusaha. Tiada ilmu juga menyebabkan anda tidak yakin menyusukan bayi adalah sangat mudah jika betul tekniknya.

3) Tidak bersungguh-sungguh - Ramai yang nak menyusukan anak, tapi tidak bersungguh-sungguh. Apabila ada masalah susu merudum, stok EBM susut, baby meragam, x larat mengepam.. maka dengan mudah anda akan mengambil alternatif untuk memberikan susu formula.

4) Tiada sokongan suami - Sokongan suami atau orang terdekat sangat penting untuk menjayakan penyusuan terutamanya di awal kelahiran bayi. Walaubagaimana pun, keinginan daripada dalam diri sendiri adalah paling utama.

5) Cepat putus asa - Ada ibu yang bermasalah kurang susu atau susu merudum, ada juga yang ada masalah puting tenggelam, puting melecet, bengkak susu dan sebagainya. Jika ibu tidak kuat semangat dan cepat berputus asa, maka cita-cita tidak akan kesampaian.

6) Tidak bersedia - Untuk ibu yang bekerja, perlu ada persediaan yang rapi terutamanya untuk membuat stok susu. Perlu ada persediaan peralatan mengepam (jika perlu), botol simpanan, dan ilmu yang cukup tentang pengendalian EBM. Ibu yang kurang bersedia akan menghadapi masalah untuk membekalkan susu ibu secukupnya kepada bayi. Jadi digalakkan untuk membuat stok paling kurang 2 minggu sebelum masuk bekerja selepas berpantang.

7) Tidak kisah - Ramai ibu yang tahu tetang besarnya manfaat susu ibu. Tapi ramai juga yang tidak kisah jika anak diberi susu formula. Usaha hanya ala kadar. Apabila ada masalah sedikit, terus mengambil alternatif susu formula.

8) Tidak jaga pemakanan - Pemakanan turut memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Makanan yang tidak berkhasiat, atau tidak mencukupi nutrisinya akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Tambahan lagi jika ibu berdiet (kurang makan). Jadi mungkin akan ada ibu yang gagal dalam penyusuan kerana masalah kurang susu akibat tidak jaga pemakanan.

9) Stress - Stress yang berpanjangan akan mengganggu penghasilan susu ibu. Tambahan pula, jika stress, pastinya ibu tidak dapat mengepam dengan tenang. Jadi kemungkinan susu akan merudum dan menyebabkan ibu mudah berputus asa. Jadi bertenanglah... kurangkan stress semasa bekerja dan sentiasa ingat anak yang tersayang.

10) Kurang berdoa pada-Nya - Ingatlah, rezeki milik Allah. Susu ibu juga adalah rezeki milik Allah. Jadi jika nak banyak susu, nak murah rezeki, mintalah kepada pemilik-Nya.

Jom ibu-ibu... berusaha bersungguh-sungguh untuk berikan yang terbaik kepada bayi kita. Apa yang kurang, kita baiki..
 




Untuk Info & Order: 
Nur Azura Kamaros
Your Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID : 908961
Email : nzura0301@gmail.com
SMS/Whatsapp : 016-4429275
 

Supplement For A Healthier You Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template