Wednesday, January 15, 2014

Cara Meningkatkan Taraf Kesuburan

Tahap kesuburan pasangan suami isteri antara faktor penting merangsang peluang untuk menimang cahaya mata. Jika anda masih belum dikurniakan anak, mungkin boleh semak beberapa kriteria berikut yang mampu menolong meningkatkan kesuburan.

1. Kurangkan berat badan

Anda mahupun suami yang mungkin mengalami masalah kegemukan perlu menurunkan berat badan beberapa bulan sebelum merancang untuk hamil dengan serius.

2. Rajin bersenam

Tingkatkan kekerapan bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang mudah seperti joging, berenang dan seumpama dengannya.

3. Hadkan pengambilan kafein

Produk makanan dan minuman yang mengandungi kafein perlu dikurangkan. Hal ini kerana kafein yang banyak di dalam darah akan mengurangkan penghasilan hormon kesuburan.

4. Ambil makanan kaya mineral

Makan lebih banyak tiram, ikan sardin, udang. Pengambilan ayam dan daging yang tidak berlemak, keju, telur, beras perang elok diamalkan bagi meningkatkan penghasilan sperma.

5. Elakkan makanan proses

Makanan yang diproses mengandungi kurang vitamin dan mineral. Sebaliknya ia mempunyai lebih tinggi kalori yang boleh mengganggu tahap kesuburan diri.


Untuk Info & Order: 
Nur Azura Kamaros

Your Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID : 908961
Email : nzura0301@gmail.com
SMS/Whatsapp : 016-4429275

0 comments:

Post a Comment

 

Supplement For A Healthier You Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template